dalamnya terdapat hukum-hukum yang berupa fardhu. Sekiranya seseorang merasa syak di dalam satu huruf di dalam al-Quran, dia diminta bertaubat. Sekiranya dia tidak bertaubat, anda membunuhnya sedangkan Allah berfirman yang bermaksud: Dan telah kami turunkan kepada kamu al-Kitab untuk menerangkan setiap sesuatu (al-Nahl: 89). Jadi bagaimanakah anda dapat menentukan di mana tempat am dan ada kalanya pula anda mengatakan fardhu itu sebagai khas? Bagaimana anda dapat membezakan pula yang mana satu perintah yang wajib dan ada ketika yang lain pula anda mengatakan sebagai sunat atau harus. Pemisahan ini anda lakukan bedasarkan pula kepada satu riwayat, dua riwayat sehinggalah sampai kepada Rasulullah S.A.W. dan tidak aku dapati ada di kalangan mereka yang tersilap dan lupa pula di dalam riwayatnya. Bahkan aku mendapati anda juga pernah berkata kepada beberapa perawi: Si polan ini telah tersilap di dalam hadis sekian. Dan aku mendapati juga bahawa anda pernah berkata: Sekiranya seorang lelaki meriwayatkan hadis yang mengharamkan dan menghalalkan untuk kamu, anda mebuat kesimpulan bahawa hadis itu mengkhaskan umum al-Quran. Sedangkan Rasulullah tidak pernah berkata demikian. Jadi anda telah tersilap besar. Anda meletakkan perkataan-perkataan dusta daripada perawi-perawi ini sama mertabatnya dengan al-Quran?
Di dalam perdebatan tersebut, mereka memperkatakan tentang firman Allah yang bermaksud: Dialah yang yang telah mengutuskan kepada kaum yang ummi seorang Rasul di antara mereka , untuk membaca keterangan-keterangan Tuhan, membersihkan mereka dan mengajar kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah, sedangkan mereka seberada di dalam kesesatan yang nyata.
Kata musuh itu: Aku tahu bahawa al-Kitab itu ialah al-Quran. Apa pula al-Hikmah?
(Imam) berkata: Sunnah Rasulullah S.A.W.
Kata musuh itu: Mungkin al-Hikmah itu al-Quran. Jadi ayat itu bermaksud: Dia mengajar al-Kitab secara amnya dan mengajar hukum-hukum secara khasnya pula.
Jawab Imam Syafei: Sekiranya engkau berkata begitu, jadi ayat ini bermaksud: Dia mengajar hukum-hukum al-Quran yang disebut secara am seperti solat, zakat, haji dan lain-lain. Ini bermaksud Allah menentukan sesuatu hukum di dalam kitab-Nya. Kemudian Dia menerangkan hukum-hukum ini menerusi lidah Rasulnya.
Kata musuh itu: Boleh jadi juga.
Kata Imam al-Syafei: Sekiranya anda berpegang dengan pendapat yang kedua (al-Hikmah bererti perincian terhadap makna al-Quran), kamu tidak akan menjumpai hukum-hukum ini melainkan dengan hadis Rasulullah.
Kata musuh itu: Kalau sekiranya aku berkata pula, al-Kitab dan al-Hikmah ini termasuk di dalam jenis pengulangan perkataan?
Jawab Imam Syafei: Yang manakah lebih baik? Membawa satu makna di dalam dua perkataan ataupun masing-masing mempunyai pengertian yang berbeza?
Kata musuh itu: Barangkali juga seperti apa yang kau katakan. Al-Kitab ialah al-Quran dan al-Hikmah pula ialah sunnah. Dan keberangkalian lain juga akan berlaku: al-Kitab ialah al-Hikmah itu sendiri.
Imam Syafei berkata: Tetapi yang paling jelas maknanya ialah yang pertama. Hal ini demikian kerana ada bukti-bukti yang membenarkannya daripada al-Quran.
Kata musuh itu: Di mana?
Kata Imam al-Syafei: Firman Allah yang bermaksud: Dan bacalah di rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah dan al-Hikmah (al-Ahzab: 34). Di dalam ayat ini Allah memberitahu bahawa terdapat dua jenis bacaan yang terdapat di rumah.
Musuh itu berkata: al-Quran memang boleh dibaca. Tetapi bagaimana pula untuk membaca al-Hikmah?
Imam Syafei berkata: Jadi makna membaca ialah membaca sunnah seperti membaca al-Quran.
Jawab musuh itu pula: Oleh itu, maksud al-Hikmah lebih mirip kepada apa yang kamu maksudkan.
Pada zaman ini, terdapat juga intelek-intelek yang mengaku sebagai Islam mempopularkan kembali ide-ide ini. Di antaranya rencana yang ditulis oleh Doktor Tawfiq Sidqi yang bertajuk "Islam ialah al-Quran Sahaja". Rencana ini disiarkan di dalam majalah al-Manar bilangan 7 dan 12. Kita dapat simpulkan isi-isinya seperti berikut:
Pertama: Dia mengambil dalil daripada firman Allah yang bermaksud: Dan kami tidak alpakan sesuatu pun di dalam al-Kitab (al-An'am: 38). Katanya ayat ini bermaksud al-Quran telah pun mengandungi semua hukum. Jadi al-Quran tidak perlu kepada benda lain untuk menerangkannya seperti al-Sunnah.
Kedua: Dia juga telah mengambil dalil daripada al-Quran yang bermaksud: Kami telahpun menurunkan al-Dzikr dan Kami jugalah yang akan menjaganya (al-Hajr: 9). Dia mengatakan Allah hanya memerintahkan supaya menjaga al-Quran sahaja tanpa sunnah. Sekiranya sunnah juga merupakan dalil dan boleh dijadikan hujjah seperti al-Quran, tentulah Allah akan memerintahkan untuk memeliharanya juga.
Ketiga: Sunnah hanya dituliskan pada zaman terkemudian selepas berlakunya kesilapan dan ada setengah-setengahnya sudah pun dilupai. Penyelewengan dan pengubahan mudah sahaja berlaku di dalam hadis. Oleh itu, perkara yang syak sebegini tidak sesuai dijadikan sumber hukum sayarak (sila rujuk dakwaan yang serupa di dalam buku Muhammedanische Studien oleh Ignaz Golgziher).